Tuesday 14 February 2012

out of box

Bismillah.
berkelip-kelip

skrin laptop berkelip2,kenapa? sebab takde idea macam tuan dia.. haha
nak menulis,mesti ada idea..sama macam pen,kalau takde dakwat,tak boleh nak menulis jugak kan..
IDEA
hmm,dari mana datangnya idea,dari ilmu yang kita ada..takpun belajar ambil ibrah daripada alam sekeliling..banyak sebenarnya,kan? Tapi itulah kita kadang2 taknak fikir sesuatu tu lebih mendalam,orang cakap ‘out of box”.. :) Masih ingat lagi  sem lepas semasa kelas ‘Creative and critical thinking’,pensyarah kami menulis hanya satu titik di whiteboard,dan beliau tanya kami apa yang ada di hadapan kitorang..so,kitorang agaklah pelik dengan hanya satu titik dakwat hitam di whiteboard,apa kaitan nya? haha..macam2 jawapan dan ramai just jawab “titik hitam la sir”..haha
Pensyarah kami senyum dan beliau cakap “itulah kamu,kita mesti fikir sesuatu tu out of box” …yeahh,dan jawapan soalan pensyarah kami tu tadi senang je,apa2 yang ada di hadapan kami sekarang itulah jawapannya..kami terus tergelak.. :D Haa,so moralnya bila pandang sesuatu benda,kita cuba fikir out of box..barulah otak berkembang dan mungkin dari situlah idea itu datang..bukannya just pandang titik hitam yang dilukis itu tadi saja.hehe ;) -pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya..hee ;)
Jadi,untuk mendapat idea,mestilah ada ilmu,caranya dengan membaca atau ambil ibrah daripada alam sekeliling.Banyak lagi sebenarnya but i’ve no idea right now… :D
“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, 
kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.” 
-A. Samad Said-

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More