Thursday 16 February 2012

lihat,amati,ikut



lihat rama-rama itu! cantik kan! :D






lihat,amati,ikut..


yup,mula2 kita lihat,kemudian amati apa yang dilihat...nilai apa yang kita lihat tadi baik atau sebaliknya..kemudian bila ianya membawa kepada kebaikan maka ikutlah,kalau sebaliknya maka kita cuba tinggalkanlah.


saya suka lihat tingkah laku seseorang sebab kadang2 tingkah laku kawan2 kita,saudara2 kita dapat ubah kita...maksudnya bila sesuatu tu baik,maka dengan sendirinya akan terdidik..terdidik melalui orang sekeliling...insyaAllah.


saya nak jadi macam dia!
saya nak jadi lebih baik daripada dia!
saya nak lawan dia! bukan bertumbuk ya,haha :p
saya geram kenapa dia boleh berjaya,kenapa aku tidak!
dia boleh,maka aku juga boleh! insyaAllah
gerak geri dia santun je,aku pun nak jadi macam dia!


dan 
macam2 lagiiii...


pernah rasa tak? tipu tak pernah!haha


hmm,dulu masa saya darjah 2 kalau tak silap..saya suka tengok cara kawan saya pegang pensil sebab tulisan dia cantik,kemas,jeles! saya nak macam tu jugak! dan saya pun nak cuba pegang pensil macam dia..haha adeh..so,saya pegang pensil macam dia,sebijik,cara tulisan pun saya nak ikut entah pape kan!hoho.....tapi sebenarnya  dari situlah kita sebenarnya belajar untuk jadi yang lebih baik..maksudnya disini nak tulisan cantik,kemas macam dia jugak...bagi saya ni bukan tak jadi diri sendiri,tapi cuba nak jadi yang lebih baik....tak salah kan? lagipun masa tu kecik lagi,baru darjah dua,perangai pun pelik la skit kan...tapi sampai sekarang saya boleh tulis dan ikut cara kawan2 saya tulis,memang la tak sebijik2,tapi lebih kurang...


lagi..


masa orientasi pelajar tahun 1 di universiti,saya suka lihat kakak2 badar(persatuan islam).Saya suka tengok tingkah laku dorang,lemah lembut,santun,pakaian tutup aurat..bak kata orang sejuk mata memandang..hehe
so,dari situlah saya terasa nak jadi macam kakak2 tu,lebih menutup aurat dan sebagainya..dan alhamdulillah dengan orang sekeliling yang saya lihat tu,mampu mengubah saya menjadi lebih baik dari sebelumnya...


apa yang saya cuba kongsikan kat sini bukan niat nak tunjuk saya ni bagus,tak2..astaghfirullah..cuma nak menunjukkan macam mana dengan apa yang ada di sekeliling kita mampu mendidik kita..kalau ianya baik,kita terdidik menjadi baik dan begitulah sebaliknya...


dan moga kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya..ok?
insyaAllah..


















dengan lihat,amati,nilai,ikut,ia mampu mencorak kita!


if ia keburukan maka kita cuba tinggalkan,jika ia satu kebaikan y not kita jadi lebih baik kan?






wallahualam,
sekadar pendapat.. :)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More