lihatlah alam ciptaan Allah

dan bersyukurlah dengan segala nikmatNya...

courage

“Courage doesn’t always roar. Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, “I will try again tomorrow.”

change!

"change your thoughts and you change your world

anganku!

someday i'm gonna travel the world..haha..mungkin? insyaAllah..

happiness

"Happiness is like a cloud, staying up there no matter rain or shine"

Thursday 23 February 2012

dalam proses



Ketenangan yang perlu DICARI


Allah,
berilah aku ketenangan,
dalam hatiku ini...



“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Dalam proses nak meng'adapted' balik diri dengan suasana asal..
Tuhan,
bantulah aku.. :(


Saturday 18 February 2012

perjalanan











18.02.12


Berpijak di negeri Melaka lagi..
Esok daftar untuk sem baru!
owh!












Allah,
permudahkanlah segalanya,
























Hilangkanlah segala risau yang ada dalam hati nih,amin..









Thursday 16 February 2012

lihat,amati,ikut



lihat rama-rama itu! cantik kan! :D






lihat,amati,ikut..


yup,mula2 kita lihat,kemudian amati apa yang dilihat...nilai apa yang kita lihat tadi baik atau sebaliknya..kemudian bila ianya membawa kepada kebaikan maka ikutlah,kalau sebaliknya maka kita cuba tinggalkanlah.


saya suka lihat tingkah laku seseorang sebab kadang2 tingkah laku kawan2 kita,saudara2 kita dapat ubah kita...maksudnya bila sesuatu tu baik,maka dengan sendirinya akan terdidik..terdidik melalui orang sekeliling...insyaAllah.


saya nak jadi macam dia!
saya nak jadi lebih baik daripada dia!
saya nak lawan dia! bukan bertumbuk ya,haha :p
saya geram kenapa dia boleh berjaya,kenapa aku tidak!
dia boleh,maka aku juga boleh! insyaAllah
gerak geri dia santun je,aku pun nak jadi macam dia!


dan 
macam2 lagiiii...


pernah rasa tak? tipu tak pernah!haha


hmm,dulu masa saya darjah 2 kalau tak silap..saya suka tengok cara kawan saya pegang pensil sebab tulisan dia cantik,kemas,jeles! saya nak macam tu jugak! dan saya pun nak cuba pegang pensil macam dia..haha adeh..so,saya pegang pensil macam dia,sebijik,cara tulisan pun saya nak ikut entah pape kan!hoho.....tapi sebenarnya  dari situlah kita sebenarnya belajar untuk jadi yang lebih baik..maksudnya disini nak tulisan cantik,kemas macam dia jugak...bagi saya ni bukan tak jadi diri sendiri,tapi cuba nak jadi yang lebih baik....tak salah kan? lagipun masa tu kecik lagi,baru darjah dua,perangai pun pelik la skit kan...tapi sampai sekarang saya boleh tulis dan ikut cara kawan2 saya tulis,memang la tak sebijik2,tapi lebih kurang...


lagi..


masa orientasi pelajar tahun 1 di universiti,saya suka lihat kakak2 badar(persatuan islam).Saya suka tengok tingkah laku dorang,lemah lembut,santun,pakaian tutup aurat..bak kata orang sejuk mata memandang..hehe
so,dari situlah saya terasa nak jadi macam kakak2 tu,lebih menutup aurat dan sebagainya..dan alhamdulillah dengan orang sekeliling yang saya lihat tu,mampu mengubah saya menjadi lebih baik dari sebelumnya...


apa yang saya cuba kongsikan kat sini bukan niat nak tunjuk saya ni bagus,tak2..astaghfirullah..cuma nak menunjukkan macam mana dengan apa yang ada di sekeliling kita mampu mendidik kita..kalau ianya baik,kita terdidik menjadi baik dan begitulah sebaliknya...


dan moga kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya..ok?
insyaAllah..


















dengan lihat,amati,nilai,ikut,ia mampu mencorak kita!


if ia keburukan maka kita cuba tinggalkan,jika ia satu kebaikan y not kita jadi lebih baik kan?






wallahualam,
sekadar pendapat.. :)

Wednesday 15 February 2012

just Allah and our heart know





You are what your heart knows you are, not what others say you are. Surely Allah looks at your heart and your deeds in private and in public. May Allah make who we are in private better than whom others perceive us to be

-AbdulBary Yahya-


great! like this quote!
Just our heart know what we are,kan?
baik ke..
buruk ke..
pandai ker..
tak pandai ker..


just our heart!


dan..bila orang sekeliling kita judge itu ini,puji kita itu ini,mohonlah pada Allah agar kita menjadi lebih baik daripada apa yang difikirkan..insyaAllah. :)


Kadangkala hanya orang yang terdekat dengan kita sahaja tahu siapa kita.
hmm,kalau mereka cakap awk ni macam ni macam tu,just be cool,apa yang baik kita cuba kekalkan,apa yang buruk,kita cuba ubah diri kita kepada yang lebih baik daripada sebelumnya.


lagipun,day by day,year by year,kita kan mesti jadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya,so kalau yang buruk tu tak salah kita cuba perbaiki kepada yang lebih baik,yang penting menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah..
bole kan?


boleh!
insyaAllah.. :)


Kata iman Al-Ghazali :
 Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.

bila lihat dia

Bila saya lihat dia,saya ingat Allah,
Bila saya lihat dia,saya nak usaha tingkatkan iman saya lagi,
Bila saya lihat dia,saya rasa saya dan dia sangat jauh,Allah...








kagum..







Betulah kata2..
 "jika kita dekat dgn mereka menjual minyak wangi, maka tubuh kita turut akan berbau wangi juga".

kan? :)







Tuhan,
Kuatkan imanku,
lindungi aku dari fitnah dunia dan juga akhirat,
lindungi aku dari godaan hawa nafsu kejahatan,


Tuesday 14 February 2012

your side


“Without Allah on your side, you can do nothing. With Allah on your side, there is nothing you cannot do” -Boona Mohammed

Buatmu sahabat


Bagi yg memaknainya..
Tiada yang lebih menyuramkan,
Tiada lagi yang mendatangkan mendung di jiwa,
Mahupun yang mengguris luka di dada
Melainkan kehilangan seorang sahabat
Samada dia pergi meninggalkan kita
Mahupun ujian dan keadaan yang menjarakkan kita
Untuk yang memaknainya pasti akan amat terasa.
Nilai sahabat itu ibaratkan satu tubuh
Bukan ketika sakit
Mahupun ketika kematian,
Namun di saat diperlukan,
Mahupun tidak,
Sahabat itu pelengkap,
Ia ibarat tangan kiri dan kita tangan kanannya,
Ia ibarat air di saat kita apinya
Ia ibarat matahari di saat kita bulannya
Ia juga ibarat angin mahupun hujan di saat bahangnya hawa
Dan kerana itu sahabat itu melengkapkan
Ia mengadakan apa yang tidak ada
Ia menyempurnakan apa yang cacat
Mahupun melayarkan wajah cahaya di saat suram
Mahupun menadahi telinga di saat goncangan perasaan melanda.
Mustahil seseorang itu mampu menjadi sempurna
Dan takkan mungkin seseorang itu hebat
Hanya dengan bersendirian
Mahupun keseorangan.
Kerana seseorang itu takkan mampu melihat dirinya sendiri
Melihat rambut yang tak disikat kemas
Mahupun tudung yang tak dipin lurus
Kerana pada setiap diri itu
Pasti amat memerlukan sebuah cermin
Dan cermin itulah yang melengkapkan dirinya
Dan cermin itulah yang akan menampakkan kesalahan dirinya
Malah cermin itu akan jujur padanya walapun dia benci untuk menyakiti diri kita.
Kerana sahabat itu, ia bukan sahaja jujur,
Bukan sekadar pembantu di saat susah,
Mahupun teman bicara di saat senang,
Tapi sababat itu,
Ia melengkapkan kita.
Takkan mampu kita menjadi kita tanpa adanya dia
Seperti mana dia takkan menjadi dia tanpa dia.
Dan kehilangannya pasti akan terasa,
Terus terhiris di balik memoar yang indah
Menjadikan nafas semakin berat
Mahupun langkah semakin mencabar
Dan pada setiap doa yang kita munajatkan
Akan selalu dan selalu kita ulangi kalimah itu
Dengan tadarru’ penuh pengharapan dan airmata
Sambil menitipkan kalimah-kalimah itu
Kalimah rabithah di saat membayangkan wajah kita dan dia
Bersatu kembali pada ikatan hati ini
Tiada lagi yg dapat memintal hati melainkan Dia
Tiada yang dapat mencantumkan semula melainkan Dia.
Mahupun menggantikan sesuatu yang lebih baik.
Namun, pada diri setiap sahabat, tentu amat berbeza.
Dan tiada yang dapat menggantikan setiap satunya
Kerana setiap seorang itu punyai banyak kelebihan tersendirinya
Pada diri kita dan dia,
Mudah-mudahan ikatannya akan menjadi lestari selamanya
Kerana tiada yang lebih indah
Tiada yang Mengundang senyum di wajah
Mahupun suria di dada
Melainkan perasaan cinta ,
Perasaan hubb di jalan Allah itu.
Perasaan yang meringankan beban di jalanan
Mahupun menyejukkan dan menyegarkan keletihan,
Pada dirimu sahabatku,
Ku utuskan sebuah rabithah
Buat kesekalian kalinya buat dirimu
-muharikah
sahabat,saya sayang awak..
moga hubungan sahabat tidak terputus dek jarak ya,
insyaAllah.. ;)

kami



hehe..godek2 laptop terjumpa gambar waktu tahun 1 dlu..sekarang nak masuk sem2 2nd year! so,lagi 2tahun setengah insyaAllah grad lah kami..amin! ;)  yeah,mereka adalah klazmate perempuan saya,hmm ada lagi tapi chinese students dan pelajar lelaki.. :) mula2 sem dulu kami tidak lah serapat ni,almaklumlah baru kenal kan? tapi sekarang alhamdulillah we are all together susah ke senang ke..hmm,gaduh kecik2?of coz la ada,tapi biasa la kot,kan? ;) hidup di dunia ni tak selalu berjalan smooth as we want,ada tika sepahit kopi pun ada tapi pandai2 lah kita menjaga hati kawan kita sendiri agar tidak terputus hubungan kawan yang dah dibina dan yang paling penting hubungan sesama saudara islam..insyaAllah..
Dah lama tak jumpa diorang ni so,sem yang akan bermula tak lama lagi nih,saya akan kembali ke universiti asal saya sendiri setelah 1sem mengutip pengalaman (pengalaman la sangat..haha) di universiti orang, UTM skudai atas program cross campus atau exchange students selama 1sem.nanti bukak sem mestimalu2 kan macam first time jumpa dulu,yeke?sikit la kot…konon,haha tak sabar nak jumpa dorang nih.hihi :D
ok dah! tutup topik nih… :D
.
.
.
.
.
.
.
Kami dalam kos kejuruteraan eletrik major in (control,instrument,automation).Lagi 2tahun setengah insyaAllah grad,hmmm..selepas tu nak jadi apa ya?
engineer yang berjaya? insyaAllah
pensyarah electrik yang cemerlang? hmm..insyaAllah
Tapi mak ayah memang nak sangat saya jadi pensyarah,katanya senang dapat kerja kot .ek? dan memandangkan ramai saudara yang memang dah jadi pendidik sekarang…so,giliran saya pula la ya? :Dentahlah,insyaAllah atas minat saya juga nak jadi pensyarah dulu punya dulu punya dlu..so,mulai sekarang insyaAllah akan berjuang ke arah itu..panjang lagi masa…yang penting sekarang,usaha,doa ,tawakal..insyaAllah cita-cita akan tercapai,kan? amin..
Apa2 pun,kita merancang tapi Allah lah sebaik2 perancang...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,kan? yang penting sekarang USAHA! yeah! insyaAllah boleh! ;)
Kawan2 BEKC! sama2 kita berusaha ya! ganbatte! hehe
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. 
insyaAllah..
engineer atau pensyarah.hmm,wait n c ONE DAY! :)

merasa cukup?

Bagi yang merasa cukup dengan Islamnya di Facebook, Twitter, dan Blog semata-mata,

maka nyata dia telah tertipu dengan permainan dunia. – Hilal Asyraf


Nauzubillah,moga kita dijauhkan..amin..

Letakkan dunia di tangan bukan di hati

what Allah has given you


Dalam hidup ni,Allah da bagi yang terbaik untuk setiap hambaNya,
kalau diberi ujian,KERANA Allah sayang kita,Allah nak kita jadi kuat,
bukan sebaliknya tau..baik sangkalah padaNya..
Allah sayang hambaNya bila diberi ujian,dia bersyukur,dan terima ujian tu dengan positif..
Ya,memang perit tapi bila kita sabar,kita akan dapat sesuatu yang indah di penghujungnya..
Allah kan suka orang yang bersabar..moga2 kita salah seorang daripadanya ya..insyaAllah. ;)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al Ankabut: 2)

“Be content with what Allah has given you and you will be the richest people”
kadang tulis tu senang tapi nak hadapi tu susah kan?jadi,kita didik hati jadi kuat keyh! ;)

berbeza



Nasihati aku di kala kita hanya berdua, jangan meluruskanku di tengah ramaisebab nasihat di depan banyak manusia,terasa bagai hinaan yang membuat hatiku luka.-As Syafi’i, Diwan-

setiap orang cara penerimaan lain2,jadi dalam nak menasihati orang adalah bukan sahaja untuk menegur saudara kita tapi dalam masa yang sama juga untuk menasihati diri kita sendiri.
Aku lain,                        
Kamu juga lain,
Kita semua berbeza,
cara pemikiran,
cara penerimaan,
Jika kita cuba tegur saudara kita dengan cara kasar atau terlalu terbuka,cuba kita bayangkan apa jadi kalau saudara kita itu tegur kita dengan cara sebegitu..adakah kita sendiri suka? mesti tak kan..
Pendapat saya,kita tegur saudara kita adalah untuk memperingati diri kita sendiri..so apa salahnya tegur secara baik dan lembut..sesuatu yang disampaikan dengan hati dengan perkataan yang lembut dan hikmah pasti akan terlekat di hati penerima nasihat..kan? :)
Kata2 yang lembut dapat melembutkan hati yang keras,Kata2 yang kasar dapat mengeraskan lagi hati bukan melembutkan,

out of box

Bismillah.
berkelip-kelip

skrin laptop berkelip2,kenapa? sebab takde idea macam tuan dia.. haha
nak menulis,mesti ada idea..sama macam pen,kalau takde dakwat,tak boleh nak menulis jugak kan..
IDEA
hmm,dari mana datangnya idea,dari ilmu yang kita ada..takpun belajar ambil ibrah daripada alam sekeliling..banyak sebenarnya,kan? Tapi itulah kita kadang2 taknak fikir sesuatu tu lebih mendalam,orang cakap ‘out of box”.. :) Masih ingat lagi  sem lepas semasa kelas ‘Creative and critical thinking’,pensyarah kami menulis hanya satu titik di whiteboard,dan beliau tanya kami apa yang ada di hadapan kitorang..so,kitorang agaklah pelik dengan hanya satu titik dakwat hitam di whiteboard,apa kaitan nya? haha..macam2 jawapan dan ramai just jawab “titik hitam la sir”..haha
Pensyarah kami senyum dan beliau cakap “itulah kamu,kita mesti fikir sesuatu tu out of box” …yeahh,dan jawapan soalan pensyarah kami tu tadi senang je,apa2 yang ada di hadapan kami sekarang itulah jawapannya..kami terus tergelak.. :D Haa,so moralnya bila pandang sesuatu benda,kita cuba fikir out of box..barulah otak berkembang dan mungkin dari situlah idea itu datang..bukannya just pandang titik hitam yang dilukis itu tadi saja.hehe ;) -pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya..hee ;)
Jadi,untuk mendapat idea,mestilah ada ilmu,caranya dengan membaca atau ambil ibrah daripada alam sekeliling.Banyak lagi sebenarnya but i’ve no idea right now… :D
“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, 
kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.” 
-A. Samad Said-

tiba-tiba

TIBA-TIBA

Bismillah
Tuhan,dengarlah..


dah 4bulan,1sem tinggalkan keluarga usrah di utem sebab join program mobiliti (exchange students)  ke UTM,skudai selama 1sem.
tiba-tiba…….
malam ni…..
hati rindu tarbiyyah,
hati rindu nak berusrah,
hati rindu akak2 naqibah,
Allah,dengarlah..

Friday 10 February 2012

ibarat pena

Manusia dan amal perbuatannya itu ibarat pena yang terus menulis hingga habislah tintanya, setelah itu yang tersisa hanyalah tulisannya. Terkadang sang pena menulis kebaikan akan tetapi banyak pena yang lebih sering menulis keburukan. Manusia adalah makhluk yang aktif, hampir setiap detik yang ia lewati pasti aktif dalam amal perbuatan, hingga akhirnya iapun sirna, yang tersisa hanyalah amal perbuatannya yang akan dijadikan bahan bukti persidangan dalam persidangan akhirat kelak.(Ustadz Firanda Andirja Hafidzahullaah)


pena dan tinta



setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak,kan??
oh hati,didik ia dengan menulis kebaikan agar dirimu ditarbiyah!
insyaAllah hari ini aku akan mula menulis lagi..
harap akan berterusan..
doakan aku ya sahabat! hehe ;)


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More