lihatlah alam ciptaan Allah

dan bersyukurlah dengan segala nikmatNya...

courage

“Courage doesn’t always roar. Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, “I will try again tomorrow.”

change!

"change your thoughts and you change your world

anganku!

someday i'm gonna travel the world..haha..mungkin? insyaAllah..

happiness

"Happiness is like a cloud, staying up there no matter rain or shine"

Tuesday, 20 March 2012

START AGAIN

Alhamdulillah,minggu ni da masuk minggu ke-5 kuliah..dan alhamdulillah sy dah berjaya menyesuaikan diri lagi dengan suasana asal,kawan2 dan semua..

Dugaan demi dugaan..
akanku kuatkan langkah juga..

Sem ni impian nk dapat dean list.. *boleh ker??* ehehe
insyaAllah2..sebab sem lepas semasa join program di universiti lain,pointer sangatlah jatuh..
dan sem nih dengan azam baru,insyaAllah,saya akan bangun semula..

Tiada yang mustahil dalam hidup jika kita berusaha,berdoa,tawakal...yang penting sesuatu yang kita buat hari ini,esok,dan seterusnya adalah kerana pencipta kita,Allah..insyaAllah.. :)


Thursday, 23 February 2012

dalam proses



Ketenangan yang perlu DICARI


Allah,
berilah aku ketenangan,
dalam hatiku ini...



“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Dalam proses nak meng'adapted' balik diri dengan suasana asal..
Tuhan,
bantulah aku.. :(


Saturday, 18 February 2012

perjalanan











18.02.12


Berpijak di negeri Melaka lagi..
Esok daftar untuk sem baru!
owh!












Allah,
permudahkanlah segalanya,
























Hilangkanlah segala risau yang ada dalam hati nih,amin..









Thursday, 16 February 2012

lihat,amati,ikut



lihat rama-rama itu! cantik kan! :D






lihat,amati,ikut..


yup,mula2 kita lihat,kemudian amati apa yang dilihat...nilai apa yang kita lihat tadi baik atau sebaliknya..kemudian bila ianya membawa kepada kebaikan maka ikutlah,kalau sebaliknya maka kita cuba tinggalkanlah.


saya suka lihat tingkah laku seseorang sebab kadang2 tingkah laku kawan2 kita,saudara2 kita dapat ubah kita...maksudnya bila sesuatu tu baik,maka dengan sendirinya akan terdidik..terdidik melalui orang sekeliling...insyaAllah.


saya nak jadi macam dia!
saya nak jadi lebih baik daripada dia!
saya nak lawan dia! bukan bertumbuk ya,haha :p
saya geram kenapa dia boleh berjaya,kenapa aku tidak!
dia boleh,maka aku juga boleh! insyaAllah
gerak geri dia santun je,aku pun nak jadi macam dia!


dan 
macam2 lagiiii...


pernah rasa tak? tipu tak pernah!haha


hmm,dulu masa saya darjah 2 kalau tak silap..saya suka tengok cara kawan saya pegang pensil sebab tulisan dia cantik,kemas,jeles! saya nak macam tu jugak! dan saya pun nak cuba pegang pensil macam dia..haha adeh..so,saya pegang pensil macam dia,sebijik,cara tulisan pun saya nak ikut entah pape kan!hoho.....tapi sebenarnya  dari situlah kita sebenarnya belajar untuk jadi yang lebih baik..maksudnya disini nak tulisan cantik,kemas macam dia jugak...bagi saya ni bukan tak jadi diri sendiri,tapi cuba nak jadi yang lebih baik....tak salah kan? lagipun masa tu kecik lagi,baru darjah dua,perangai pun pelik la skit kan...tapi sampai sekarang saya boleh tulis dan ikut cara kawan2 saya tulis,memang la tak sebijik2,tapi lebih kurang...


lagi..


masa orientasi pelajar tahun 1 di universiti,saya suka lihat kakak2 badar(persatuan islam).Saya suka tengok tingkah laku dorang,lemah lembut,santun,pakaian tutup aurat..bak kata orang sejuk mata memandang..hehe
so,dari situlah saya terasa nak jadi macam kakak2 tu,lebih menutup aurat dan sebagainya..dan alhamdulillah dengan orang sekeliling yang saya lihat tu,mampu mengubah saya menjadi lebih baik dari sebelumnya...


apa yang saya cuba kongsikan kat sini bukan niat nak tunjuk saya ni bagus,tak2..astaghfirullah..cuma nak menunjukkan macam mana dengan apa yang ada di sekeliling kita mampu mendidik kita..kalau ianya baik,kita terdidik menjadi baik dan begitulah sebaliknya...


dan moga kita semua akan sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya..ok?
insyaAllah..


















dengan lihat,amati,nilai,ikut,ia mampu mencorak kita!


if ia keburukan maka kita cuba tinggalkan,jika ia satu kebaikan y not kita jadi lebih baik kan?






wallahualam,
sekadar pendapat.. :)

Wednesday, 15 February 2012

just Allah and our heart know





You are what your heart knows you are, not what others say you are. Surely Allah looks at your heart and your deeds in private and in public. May Allah make who we are in private better than whom others perceive us to be

-AbdulBary Yahya-


great! like this quote!
Just our heart know what we are,kan?
baik ke..
buruk ke..
pandai ker..
tak pandai ker..


just our heart!


dan..bila orang sekeliling kita judge itu ini,puji kita itu ini,mohonlah pada Allah agar kita menjadi lebih baik daripada apa yang difikirkan..insyaAllah. :)


Kadangkala hanya orang yang terdekat dengan kita sahaja tahu siapa kita.
hmm,kalau mereka cakap awk ni macam ni macam tu,just be cool,apa yang baik kita cuba kekalkan,apa yang buruk,kita cuba ubah diri kita kepada yang lebih baik daripada sebelumnya.


lagipun,day by day,year by year,kita kan mesti jadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya,so kalau yang buruk tu tak salah kita cuba perbaiki kepada yang lebih baik,yang penting menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah..
bole kan?


boleh!
insyaAllah.. :)


Kata iman Al-Ghazali :
 Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More